Thursday, 8 December 2016

MENARIK TULISAN NI.... JUST TO SHARE😍

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Manakala, kita mempunyai kepala dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia akan makan ulat, ketika burung mati, ulat akan makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan sesiapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di samping kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan, dan setelah kita diambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.


Hidup kita tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih berharga. Saling menghargai, saling membantu, dan saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat. Believe in "Cause and Effect". Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai.
~Perkongsian Atas Talian~

No comments:

Post a Comment