Saturday, 24 December 2016

Couple...

Sudah menjadi lumrah manusia terutamanya bagi remaja untuk hidup berpasangan . Gelora jiwa remaja masih hangat di dalam diri hinggakan lalai untuk mengejar cinta agung yang sebenar-benarnya, iaitu cinta Ilahi.

Leka...

Terlalu leka dengan cinta yang belum tentu lagi menjanjikan kebahagian yang hakiki. Leka mengejar cinta manusia yang tak berkesudahan. Leka menjadi hamba cinta pemuas nafsu durjana. Terlena dengan gelora cinta yang menghanyutkan.

...

Mengapa kita terlalu mengejar cinta manusia sedangkan cinta Rasulullah dan Ilahi tidak pernah kita balas. Mengapa kita merindui manusia yang belum tentu halal bagi kita sedangkan rindu Rasullullah pada umatnya tidak pernah kita balas . 

Bangkitlah remaja,

Sucikan hatimu daripada cinta yang terlarang oleh Ilahi. Kejarlah cinta Ilahi terlebih dahulu sebelum mengejar cinta manusia. In Shaa Allah, Allah akan hadirkan kamu cinta yang tidak pernah kamu duga akan kemanisannya. Besabarlah duhai hati 💗 

Thursday, 8 December 2016

MENARIK TULISAN NI.... JUST TO SHARE😍

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Manakala, kita mempunyai kepala dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia akan makan ulat, ketika burung mati, ulat akan makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan sesiapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di samping kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan, dan setelah kita diambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.


Hidup kita tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih berharga. Saling menghargai, saling membantu, dan saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat. Believe in "Cause and Effect". Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai.
~Perkongsian Atas Talian~

"JANGAN MEMPERLEKEHKAN ORANG MISKIN,
KERANA DIA MUNGKIN MISKIN HARTA DUNIA.
TETAPI KITA TIDAK TAHU BERAPA BANYAK HARTA AKHIRATNYA NANTI💗 "

Wednesday, 7 December 2016



Apabila kita sudah tidak boleh ditegur,
itulah yang dinamakan EGO.
Apabila kita merasakan diri kita bagus dan memandang rendah pada orang lain,itulah TAKABBUR

~TheTarbiah~